\
Antara topik yang sering dikongsikan adalah (MEMBUAT PILIHAN TENTANG JODOH)
Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing..Juga diketahui ada kelemahan masing-masing,yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan..Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik,menyiasat,menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup..Bukan mencari kesempurnaan,bukan menyelongkar keaiban insan lain,namun penyiasatan dam pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting..Ia menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang datang..Sebaliknya penyelidikan kita itu,kita musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu..Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan,namun pandangan mereka akan menjadi extra mata dan telinga untuk kita memilih teman hidup dengan teliti..Jika kelak kita telah membuat keputusan memilih samada si A atau pon si B,ada perkara-perkara penting pula untuk diri kita sendri fokus dan lakukan..
Usah bermain-main dengan keraguan perasaan..Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku..??Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untuk diriku..??akan tulus ikhlaskan cinta kasihnya padaku..??adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri..??Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri,akan sopan dan baikkah pekertinya..??adakah lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli kerlurgaku..???adakah hati ini akan bahagia menjadi isterinya..??
Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami,tapi manfaakanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri..Jika jawapanya tidak seperti kita jangkakan dan harapkan,bila-bila masa sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewaan dan gundah berpanjangan..
Sebaliknya,marilah bertanya pada diri kita sendiri..
Nah..ayuh kita bersama menjawab persoalan ini,dan mengubah diri menjadi lebih baik...
Ya,kita takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan,namun percayalaj ALLAH bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan,yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan..Sikap perwatakan diri,dan penghayatan islam pada diri kita sendiri INSYA ALLAH kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumah tangga..
Saat ini,berusahlah memilih calon suami yang beriman,usha keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan...Isteri yang baik,tidak semstinya memiliki suami yang baik,kerana pernikhan adalah ruang ujian,teman hiduo kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini..Suami akan berubah,cepat atau lambat,namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kehidupan mampu menjemput suami dan anak-anak berubah kepada jalan yang dicintai ALLAH...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan