Bakal suamiku,
ASSALAMUALIKUM WAHAI BAKAL SUAMIKU,
Entah angin apa yang membuai hari ini,membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali..aku sebenarnya tidak berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa..apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya...kehadiranseorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu..itulah hatiku dan cintaku,membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang....
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untuk suamiku,iaitulah dirimu suatu hari nanti..kata ibu,tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seoranag lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka..jadi,kau telah wujud dalam diriku dlu lagi...sepanjang umurku..
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki..biarlah aku hanya ccantik di matamu...apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang..aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahakan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah.-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati..aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan....
Bagaimana akan aku jawab di hadapan ALLAH kekal andai disoal.....??
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup dimuka bumi..??
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,aku dulukan yang perlu menundukkan pandanganku...aku harus memperbaiki kelemahab dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut ALLAH..kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yang baik...
Wahai bakai suamiku,ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik buat dirimu..Menjaga makan,minum,pakaian,perasaanmu dan segalanya..mungkin cintaku tidak sehebat SITI ZULAIKHA kepada NABI YUSUF,cintanya HAWA kepada ADAM mahupun cintanya SITI KHADIJAH kepada NABI MUHAMMAD S.A.W,tetapi aku sentiasa mencuba menjadi lebih baik untukmu wahai pemilik tulang rusuk ku...
Wahai bakal suamiku,semasa majilis pernikhan kita,tidak perlulah kau memberikan atau memanjakan diriku dengan hantaran-hantaran yang membenakan dirimu..meraikan perkhawinan kita di hotel-hotel termuka...tidak perlu wahal bakal suamiku..cukuplah dengan mahar yang mencukupi syarat..bukan aku tidak mahu menerimanya..biarlah kita sambut dengan kesederaan..
Mungkin aku seorang yang panas baran tapi dengan ada mu disi aku,aku ingin dirimu melembutkan diri aku..Mungkin juga aku tidak pandai memasak tapi jika kita sama-sama ke dapur memasak,bergelak ketawa, untuk menyediakan juadah kita...aku pasti makanan akan lebih lazat sepetimana kasih sayang mu terhadap diriku..
Bakal suamiku,disamping kita mengecapai kebahagian kita juga jangan lupa kepada pencipta kita,aku mahu kau mengajar aku tentang apa yang aku tak tahu...kau bimbingilah aku ke jalan yang benar..aku ingin dirimu menjadi iman ku disetiap solat ku merupakan suatu membahagiakan diriku...sesuatu yang aku tunggu selama ini...aku percaya dirimu mampu membimbing ku ke jalan ALLAH S.W.T agar kita sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..
Dikala tiada mu disis ku nenanti wahal suamiku kerana tuntutan kerja..ketahuilah bahawa aku sentiasa menunggumu kepulanganmu dengan rindu mebuak-buak.. didada..ketiadaanmu disisi merupakan suatu kekosongan..tapi dikau pernah berpesan,ALLAH S.W,T selalu ada bersama kita..dan kau juga berpesan yang kau mencari rezeki untuk kita sekelurga bukan untuk niat lain..
Wahai bakal suamiku,akhir kata aku bersykur sangat-sangat kerana aku menjadi bakal isterimu dan dikau menjadi bakal suamiku...suatu perkara yang terhebat dalam diriku ialah mengenali dirimu ,berada bersamamu merupakan suatu yang bermakna dalam hidup ku..aku sentiasa mencuba membahagiakan dirimu,melayan dirimu sebaik mungkin dan menjadi isteri taat dan solehah...ketahuilah wahai bakal suamiku,aku sentiasa menanti dirimu dan mendoakanmu disetiap doaku...semoga kita bertemu nanti...insya ALLAH,sekian dahulu suratku buat mu wahai bakal suamiku...assalamualikum...<3
ikhlas,
Bakal isterimu....



Tiada ulasan:
Catat Ulasan